Tuesday, December 31, 2013

BaraGOLD63


Nilai harga emas berubah dari masa ke semasa. Emas adalah satu-satunya logam yang bernilai yang akan kekal stabil semasa ekonomi yang tidak menentu. Tambahan pula, memiliki emas adalah cara terbaik untuk mengekalkan kuasa pembelian anda. Pada zaman kemakmuran, emas juga manfaat daripada permintaan yang meningkat daripada industri dan untuk barang kemas.

Daripada semua logam berharga, emas adalah yang paling popular sebagai pelaburan. Pelabur biasanya membeli emas sebagai lindung nilai atau pelabuhan terhadap ekonomi, politik, sosial atau matawang krisis fiat (termasuk pasaran pelaburan menurun, berkembang hutang negara, kegagalan mata wang,inflasi, peperangan dan pergolakan sosial).
 
Pasaran emas adalah tertakluk kepada spekulasi seperti pasaran lain, terutama melalui penggunaan kontrak niaga hadapan dan derivatif. Sejarah standard emas, peranan rizab emas dalam perbankan pusat, korelasi rendah emas dengan harga komoditi lain, dan harga yang berhubung dengan mata wang fiat semasa krisis kewangan global 2007-2012, mencadangkan emas yang bertindak lebih seperti mata wang daripada komoditi.
 
Dari Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
 
"Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yg bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia.Maka simpanlah EMAS(dinar) dan PERAK(dirham)".
(musnad Iman Ahmad Ibn Hanbal).
 
Sebagai perbandingan mudah pada zaman itu,1 dinar(4.25g)boleh digunakan untuk membeli seekor kambing.Selepas 1400 tahun masa berlalu 1dinar(4.25g=harga pd nilaian thn 2013 rm600-rm700) boleh membeli seekor kambing.inilah kehebatan EMAS yg telah dijamin nilainya sehingga ke akhir zaman.

P/S
Tak sungguh tak kata, tak tumbuh tak melata..
Jom beli emas murah di http://www.powerbizz96.com/BaraGOLD63
 

Friday, December 20, 2013

Part 4


Kini ramai orang melawat tempat sejarah, kota besar, tinggalan kota lama, tempat kerosakan akibat daripada kekejaman manusia dan lain-lain lagi. Ini adalah sebagi peringatan kepada manusia tentang kesilapan masa lampau dan berpeluang untuk menginsafi serta mempelajari daripada sejarah itu.

Thursday, December 19, 2013

Tip mengembara part3


Bermusafir, mengembara atau melancong adalah suatu aktiviti yang boleh mendatangkan keseronokan dan dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Allah SWT mencipta bumi untuk diterokai supaya minda manusia berkembang dan sentiasa mencari kebenaran ilmu.

Sejarah nabi dan rasul telah menunjukkan mereka semuanya mengembara. Mereka bergerak untuk berdakwah kepada kaumnya dan Nabi Muhammad SAW sendiri pernah mengembara hingga ke Madinah untuk menyebarkan syiar islam dan baginda juga ke Syam untuk urusan perniagaan. Sahabat-sahabat juga mengembara ke seluruh benua untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka.

(bersambung)

Wednesday, December 18, 2013

Tip Mengembara part2

 
 
Antara yang dapat disimpulkan daripada Al-Quran dan as-sunnah ialah lima perkara yang harus menjadi tujuan seseorang yang bermusafir di atas bumi Allah, iaitu
               a) untuk melihat kebesaran Allah agar menambah keimanan,
               b) menuntut ilmu pengetahuan bagi memperbaiki diri
               c) mencari rezeki serta kehidupan yang lebih baik
               d) berjihad dan berdakwah menyampaikan kebenaran
               e) serta dengan tujuan untuk menjalinkan hubungan silahturahim   
                   sesama insan.

Sekiranya tujuan-tujuan ini menjadi asas kepada setiap insan yang melata di atas muka dunia, maka sudah pasti banyak hikmah, ilmu dan pengalaman yang dapat dikutip seterusnya memperoleh ganjaran yang sangat besar di sisi Allah SWT.

Sesuatu urusan yang baik tujuannya, namun teknikal dan pengurusannya tidak bersistematik dan bercelaru akan menatijahkan pengakhiran yang hambar dan suram. Setiap dari kita dituntut untuk melakukan persediaan tatkala ingin mengembara. Bukannya hanya menyerahkan bulat-bulat sesuatu urusan kepada Allah SWT. Hal ini jelas di dalam Al-Quran sebagaiman firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah 2: 197 bermaksud:

 "Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah takwa"

(bersambung In Sya Allah)

Tuesday, December 17, 2013

Tip Mengembara




Bismillahirahmanirrahim

Segala puji bagi Allah SWT yang telah menganugerahkan kepada kita nikmat iman dan islam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat, tabiin dan sesiapa sahaja yang menuruti dan mengikut jejak langkah mereka sehingga hari Kiamat.

Fiman Allah SWT Surah al-Hajj 22:46) maksudnya;

"Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya mereka menjadi orang-orang yang mempunyai hati yang dengannya mereka dapat berfikir atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengemabar pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada".

Al-Quran al-karim telah mengajar kita bahawa pencarian  kebenaran harus  dilakukan dengan berjalan di atas muka bumi atau dalam bahasa lainnya, mesti dilakukan dengan mengembara dan bermusafir. Itulah sunnah yang dilakukan oleh para rasul Allah yang terdahulu apabila nabi-nabi Allah seperti Ibrahim, Luth, Ismail, Yusuf, Musa, Daud, Sulaiman, Isa dan Muhammad SAW semuanya pernah bermusafir ketika hidup mereka, semata-mata mencari kebenaran membawa perjuangan tauhid.

Para ulama mengatakan bahawa perintah berjalan di atas muka bumi Allah SWT ini terkandung hikmah dan tuntutan yang sangat besar. Melalui permusafiran, roh dan jiwa akan dapat menikmati kerehatan dan ketenangan serta memperoleh harapan dan kekuatan baru. Selain itu, islam juga turut menobatkan musafir dan pengembaraan sebagai suatu perbuatan yang mulia sehinggakan ibadat solat yang menjadi asas terpenting dalam Islam diberikan rukhsah dan keringangan bagi mereka yang bermusafir.

(Insya Allah Bersambung)

Saturday, November 2, 2013

Siapakah Yang Mewarisi Syurga?


Sebuah buku karangan K.H Ahmad Jamhuri Jaharis Nuruddin menukilkan

bawasanya mereka yang memasuki api neraka

1. Mereka yang tidak ikhlas
2. Orang yang menzalimi makhluk
3. Yang membunuh manusia
4. Wanita yang meminta talak
5. Orang yang menfitnah
6. Orang yang takabbaur
7. Orang yang bunuh diri
8. Yang Berpakaian panjang menyapu lantai
9. yang menyiksa binatang
10.Mubaligh yang berbuat munkar
11.Pelajar yang bukan kerana Allah
12.Para qari dan mubaligh yang tidak ikhlas
13.Sijahil yang menafsirkan Alquran
14.Yang membikin hadis maudhu'
15.Yang bohong terhadap mimpi
16.Yang banyak bicara
17.Yang menyinggung orang
18.Yang mencaci/membela kesalahan
19.Musuh dalam selimut
20.Yang memusuhi saudaranya sesame muslim
21.Yang memutuskan silahturahhim
22.Yang durhaka kepada ayahanda bunda
23.Yang berbuat onar dengan tetangga
24.Yang ingin dimuliakan
25.Peniupu/bakhil/menyebutkan kebaikan dengan bangga
26.Yang ketawa berbuat dosa
27.Yang mengemis padahal dia kecukupan
28.Yang tidak bertanggungjawab dengan jabatan
29.Yang menogok/disogok
30.Kadi/hakim yang tidak adil
31.Wanita yang berpakaian tipis dll
32.Yang berbuat zina
33.Wanita yang tidak berterimakasih
34.Yang memakan harta haram
35.Yang meminum minuman keras
36.Yang tidak berzakat
37.Yang mengukir benda sepertinya yang hidup
38.Yang jago takabbur
39.Saksi palsu
40.Yang memakan harta anak yatim
41.Lelaki yang memakai emas
42.Penjahat-penjahat

Barangsiapa ditegur dengan nasihat: Takutlah kepada Allah, dia marah, maka cukuplah baginya nanti diakhirat api neraka jahanam. (lihat surah AlBaqarah ayat 206). Marilah kita bertaubat kepada Allah atas segala kesalahan, kerana taubat adalah penghapus segala dosa. Tersebut dalam kitab Al Hikam (Terkadang dosa yang membawa kepada taubat meratap menangisi sujud tersungkur, lebi baik dari ibadat yang membawa kepada bangga dan takabbir). Ya ALLAH! Hindarkanlah kami dari azab api neraka jahanam, masukanlah kami ke dalam syurga dengan tidak diperiksa apa-apa bebas dari pertanggungjawaban apapun juga, himpunkanlah kami dengan kekasih kami NABI MUHAMMAD' alaihissalam.

Amin yarabbal'alamin. Alhamdullilahi awwalan wa akhira

Allah, Ubati kerinduanku Ya Allah


Allah Ya Allah
Aku rindu Ya Allah
Rindu untuk ke bumi suci ini
Suci syahdu rindu berbaur dikalbu
Bilakah saatnya aku bisa kembali lagi
 
Aku pernah menangis di sini
aku pernah kehilangan di sini
aku pernah gundah gulana di bumi mu ini
aku pernah ketawa riang dan makan-makan rezekimu di sini
 
 
Ya Allah..
Aku makin menghitung hari
Mungkinkah usiaku akan ada lagi
untukku berpijak dibumi suci ini
tahun ini...
 
 
Allah
Aku Hanya ada Engkau
Hasbunallahuwanikmal wakil
Nikmalmaula..wanikmalwakil
Cukuplah Engkau bagi ku Ya Allah

Hanya Engkau Yang Maha Mendengar...
 
 
 

Sunday, September 22, 2013

Cara-cara Meninggalkan Maksiat


Ketahuilah hai Tolibb, bahawasanya agama itu terdiri dari dua bahagian.

Pertama: Meninggalkan maksiat

Kedua: Mengerjakan Taat.

Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan taat, kerana taat senang dibuat oleh setiap orang tetapi 

meninggalkan syahwat (maksiat) hanya dapat dilaksanakan oleh orang-orang siddiqin. Oleh kerana itu Rasulullah s.a.w

bersabda: Yang maksudnya: "Orang berhijrah dengan sebennarnya ialah orang yang berhijrah daripada kejahatan

(meninggalkan kejahatan). Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya"

Fasal petama: Cara meninggalkan maksiat yang zahir (Maksiat Anggota)

   Ketahuilah bahawasanya apabila engkau melakukan sesuatu maksiat maka sebenarnya engkau melakukan maksiat itu 

dengan menggunakan anggota badanmu yang merupakan nikmat Allah yang dianugerahkan kepadamu, dan menggunakan

amanah yang diberikan kepoadamu. 

  Jadi ketika engkau menggunakan anggotamu untuk melakukan maksiat bermakna engkau menyalahgunakan nimat yang

dianugerahkan dan menghianati terhadap amanah yang diberikan. Dan anggotamu adalah rakyatmu maka hendaklah

engkau berfikir baik-baik bagaimana sepatutnya  engkau  menjaganya. Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

   "Maka kamu semua adalah pengembala (pemimpin) dan kamu semua akan ditanyai tentang pengembalaannya

(kepimpinannya)"

DARI BUKU "pANDUAN AMALAN hARIAN"-PERMULAAN JALAN HIDAYAH KARANGAN AL-IMAM HUJATULISLAM

BERSAMBUNG


 

Friday, June 7, 2013

KITA D'KUBUR


Telah bersabda Rasullullah saw:

  " Banyak-banyaklah mengingat perosak kelazatan." Ertinya dengan itu kita patahkan kelazatan hingga putus tiang-tiangnya untuk kemudian mengadap Allah swt. Juga Rasulullah saw telah bersabda . " Kalau binatang itu tahu tentang kematian sebagai apa yang diketahui oleh anak Adam, engkau tidak akan memakannya hingga gemuk."

Al-Utharraf bin Abdullah bin As Syakir berkata, "Sesungguhnya mati itu telah memutuskan nikmat. Maka carilah kenikmatan yang tidak akaan mati di sana!". Umar bin Abdul Aziz berkata kepada Anbasah, " Banyaklah mengingati mati. Jika engkau lapang rezeki, ia akan menyempitkannya dan jika rezekimu sempit, ia akan melapangkannya."

  Mereka bersyair menyebutkan tentang ahli kubur:

  "Berdirilah di kubur! Tanyakan pada lantainya!.
    Siapa yang diampuni dalam kegelapannya?
    Siapa yang mulia didasarnya?"


Wallahuaklam. Bab 28: Mengingati Mati BUKU PENENANG JIWA

Thursday, June 6, 2013

MENANGIS KERANA TAKUT ALLAH SWT




hikayat:  Didalam golongan bani Israel ada seorang lelaki abid yg menanggung keluarga yang ramai. .Dia ditimpa kecelakan yang menylitkan dia mencari pendapatannya sehingga tidak mampu berbuat apa-apa. Dia memerintahkan isteriya agar mencari sesuatu untuk menanggung keluarganya. Kemudian perempuan itu atang ke rumah seorang kaya an meminta sedikit makanan untuk keluarganya. Orang kaya itu berkata: "Baiklah. Tapi serahkan dirimu untukku barang sebentar." Perempuan itu terdiam dasn segera pulang ke rumahnya. Apabila melihat anak-anaknya merengek-rengek, "Ibua, kami akan mati kelaparan. Berilah kami makanan." Hatinya tidak tertahan. Dia kembali lagi ke rumah orang kaya tadi dan dia ceritakan perihal keluarganya. Lalu orang kaya itu bertanya: "Apakah engkau bersetuju dengan permintaanku?" Perempuan itu mengangguk.

      Namun ketika beraa alam bilik yang sunyi itu, tubuh perempuan itu menggeletar seolah-olah seluruh anggota badannya hendak terlepas. Maka orang kaya itu bertanya: "Mengapakah engkau melakukan demikian?" perempuan itu menjwab: "Sebenarnya aku takut kepada Allah." Kemudian orang kaya berkata: "Engkau lebih takut kepada Allah bersama kefakiranmu. Mka semestinya aku lebih takut daripada engkau."  Segera dia menghentikan keinginannya terhadap perempuan itu. Diberikan apa yang diminta oleh perempuan itu. Dan perempuan itu pulang membawa nikmat yang melimpah, sehingga keluarganya menjadi senang. Kemudian Allah memberi wahyu kepada Nabi Musa as: "Katakanlah kepada fulan bin fulan. Aku telah mengampuni dosanya." Lalu nabi Musa atang kepada orang kaya tersebut seraya berkata, "Barangkali engkau telah berbuat suatu kebaikan antara engkau dengan Allah." lalu orang kaya itu menceritakan apa yang telah berlaku dan Nabi Musa berkata: "Sesungguhnya Allah telah mengampuni dosa-dosamu..." Demikianlah tersebut dalam kitab 'Majma'ul Lathaif'

          Dirawikan daripada baginda Nabi Muhammad s.a.w baginda bersabda:

          " Sesungguhnya Allah telah berkata: "Aku tidak mengumpulkan pada hamba-Ku dua ketakutan dan dua keamanan. Barangsiapa taku kepada-Ku di dunia, aku amankan di akhirat. Dan barangsiapa (merasa) aman dari-Ku di dunia, aku takutkan dia di akhirat."

(petikan dari buku PENENANG JIWA, PENGUBATAN & RAWATAN  terjemahan Mukasyafah Al Qulub)

Sunday, June 2, 2013

KESELAMATAN MUSA DARI FIR'AUN


" Dan Kami wahyukan (perintahkan) kepada Musa, 'Pergilah pada malam hari dengan membawa hamba-hamba-Ku (Bani Israil), karena sesungguhnya kamu sekelian akan disusuli. Kemudian Fir'aun orang yang mengumpulkan (tenteranya) ke kota-kota. (Fir'aun berkata), 'Sesungguhnya mereka (Bani Israil) benar-benar golongan kecil dan sesungguhnya mereka membuat hal-hal yang menimbulkan amarah kita dan sesungguhnya kita benar-benar golongan yang selalu berjaga-jaga.'

Maka, kami keluarkan Fir'aun dan kaumnya dari taman-taman daan mata air dan (dari) perbendaharaan dan kedudukna yang mulia, demikianlah halnya dan Kami anugerahkan semuanya (itu) kepada Bani israil. Maka, Fir'aun dan bala tenteranya menyusuli mereka pada waktu matahari terbit. Maka setelah kedua golongan itu saling melihat, berkatalah pengikut-pengikut Musa, "Sesungguhnya kita benar-benar aakan tersusul." (QS Asy-Syu'ara', 26: 52-61)

Dalam keadaan Bani Israil merasa terjebak dan orang-orang Fir'aun mengira bahawa mereka akan segera menangkap Bani Israil, Musa berkata, tanpa pernah kehilangan kepercayaan akan pertolongan Allah.

Dia (Musa) menjawab, " Sekali-kali tidak akan (tersusul); sesungguhnya Tuhanku bersamaku, Dia akan memberi petunjuk kepadaku." (QS Asy-Syu'ara', 26:62)

Pada saat itu Allah menyelamatkan Musa dan Bani Israil dengan terbelahnya lautan. Firaun dan orang-orangnya tenggelam di dalam air yang menutup di atas kepala mereka setelah Bani Israil menyeberang dengan selamat (QS Asy-Syu'ara', 26: 63-68)

Tongkat Musa memiliki mukjizat. Allah mengubahnya menjadi ular dalam penyampaian wahyu yang pertama kepadanya, kemudian tongkat ini pula yang berubah menjadi ular yang menelan ular-ular jadi-jadian dari ahli sihir Fir'aun. Sekarang Musa membelah lautan dengan tongkat yang sama.

Inilah mukjizat terbesar yang diberikan kepada Nabi Musa .(Harun Yahya, Jejak Bangsa-Bangsa Terdahulu, 2007)

Saturday, June 1, 2013

PENGERTIAN WUDUK


Pengertian Wuduk

Memabasuh ataau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat

Hukum Berwuduk

i) Wajib - Ketika hendak mengerjakan ibadat tertentu seperti solat, tawaf dan memedang Al-Quran.

ii) Sunat - i) Ketika hendak mandi wajib
                 ii) Hendak membaca Al-Quran, hadis, buku
                 iii) Ketika hendak tidur
                  iv) Ketika marah

Dalil Wuduk

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran:

Makdusnya "Wahai orang-orang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka berwuduklah, iaitu basuhlah muka kamu kedua belah tangan kamu hingga ke siku, sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua kaki kamu hingga ke buku lali."
                                                                                                                                     (Al-Maidah: 6)


Sebuah hadis Nabi s.a.w

Maksudnya " Allah tidak menerima sembahyang seseorang hingga ia berwuduk"




Friday, May 24, 2013

DOA TAWAF DI PUSINGAN KE-3



Teruskanlah tawaf wahai saudaraku, bacalah doa ini di pusingan ke-3. Erti doa begini

 " Ya Allah Ya Tuhanku!
Sesungguhnya aku berlindung dengan -Mu daripada kejahatan ragu-ragu (syak), syirik, permusuhan, munafik, perangai yang jahat, pandangan yang buruk dan perbuatan yang tidak baik, sama ada terhadap harta, isteri dan rakan-rakan. Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku pohon kepada-Mu keredhaan-Mu dan syurga-Mu, aku berlindung dengan-Mu daripada kemurkaan-Mu dan api neraka. Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah kubur, juga fitnah hidup atau mati."

SUMBER: BUKU PANDUAN UMRAH DAN PEDOMAN BERPUASA DI MAKKAH
SUSUNAN UST HJ DAUD CHE NGAH

Tuesday, May 21, 2013

TAWAF PUSINGAN KEDUA


Bacalah doa yang ertinya " Ya Tuhanku, sesungguhnya rumah ini rumahMu, tanah yang mulia ini tanah-Mu, dan keamanan ini keamanan-Mu, di sini tempat orang yang berlindung dengan-Mu daripada api neraka, maka haramkan daging kami dan kulit kami dari neraka. Ya Tuhan-Ku, jadikanlah kami cinta kepada iman dan hiaskanlah iman itu di hati-hati kami, jadikanlah orang yang terpimpin. Ya Tuhan-Ku, peliharakanlah diriku daripada azab-Mu di hari yang Engkauakan bangkitkan hamba-hamba-Mu. Ya Tuhan-Ku, kurniakan kepadaku syurga tanpa di hitung amalanku"

Aminn amin aminn ya Allah.
Betapa permintaan ini , pergantungan ini hanya kepada-Mu ya Allah..

Thursday, May 16, 2013

TAWAF PUSINGAN 1


Bacalah doa yang maksudnya (boleh menitis airmata sewaktu melafaz setiap kalimat doa ini)

"Maha suci Allah dan segala kepujian adalah kepunyaan-Nya, tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Maha Besar, tidak ada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.
Mudah-mudahan bercucuran rahmat dan sejahtera atas Rasul Allah s.a.w. Ya Tuhan! Aku kerjakan ini kerana beriman kepada-Mu, dan kerana membenarkan Kitab-Mu, kerana menyempurnakan janji dengan-Mu, kerana menurut perjalanan (sunnah) nabi-Mu dan kekasih-Mu Muhammad s.a.w. Ya Tuhanku, sesungguhnya aku minta kepada-Mu keampunan dan kesihatan yang sempurna, penolakan yang berkekalan akan bala bencana terhadap agama, dunia dan akhirat, kemenangan dengan mendapat syurga dan keselamatan dari api neraka"

MASUK KE MASJID (AL-HARAM MEKAH)

        





Pada lazimnya, apabila jemaah pertama kali menziarahi Baitullah, masuklah melalui pintu Babussalam, maka bacalah doa ini (maksud doa)
"Ya Allah, Engkau yang bersifat sejahtera, dariMu- lah sahaja segala kesejahteraan, maka hidupkanlah kami dengan kesejahteraan dan masukkanlah kami ke dalam syurga tempat yang selamat sejahtera. Maha suci dan Maha Tinggi yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Ya Allah! kurniakanlah daku rahmat dan keampunan-Mu, masukkan daku ke dalam syurga dengan nama Allah, segala puji-pujian tertentu bagi Allah, salawat dan salam kepada junjungan kami saidina Muhammad S.A.W"

Friday, March 29, 2013

Penenang Jiwa

Bismillahirrahmanirrahim
 
buku yang lama ku cari
kini telah ku temui
ok esok kita kongsi baca ya
 
 
 

Sunday, February 10, 2013

Kisah Kaabah Yang Tidak Diketahui Ramai

Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Be...rikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil. 


 2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

 3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

 4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

 5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

 6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

 7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

 8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

 9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

 10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

 11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

 12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

 13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

 14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

 15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

- Sekadar penyampaian dari artikel asal.


Friday, January 18, 2013

DON'T BE SAD

 
Don't Be Sad
If the sun don't shine 
Cause Allah is 
Giving us a sign 
Don't be sad
If the clouds pour rain
Cause Allah gave us grain
Don't be sad
If things don't go your way
Cause Allah works
in mysterious way!