a) untuk melihat kebesaran Allah agar menambah keimanan,
b) menuntut ilmu pengetahuan bagi memperbaiki diri
c) mencari rezeki serta kehidupan yang lebih baik
d) berjihad dan berdakwah menyampaikan kebenaran
e) serta dengan tujuan untuk menjalinkan hubungan silahturahim
sesama insan.
Sekiranya tujuan-tujuan ini menjadi asas kepada setiap insan yang melata di atas muka dunia, maka sudah pasti banyak hikmah, ilmu dan pengalaman yang dapat dikutip seterusnya memperoleh ganjaran yang sangat besar di sisi Allah SWT.
Sesuatu urusan yang baik tujuannya, namun teknikal dan pengurusannya tidak bersistematik dan bercelaru akan menatijahkan pengakhiran yang hambar dan suram. Setiap dari kita dituntut untuk melakukan persediaan tatkala ingin mengembara. Bukannya hanya menyerahkan bulat-bulat sesuatu urusan kepada Allah SWT. Hal ini jelas di dalam Al-Quran sebagaiman firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah 2: 197 bermaksud:
"Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah takwa"
(bersambung In Sya Allah)

No comments:
Post a Comment