Sunday, December 16, 2012

KISAH SIHIR MALAIKAT HARUT DAN MARUT(2)


Ya, apakah gunanya manusia diajar teori ilmu sihir.

1.   Untuk menentang keburukan-keburukan yang dilakukan oleh tukang-tukang sihir yang menjadi kawan jin dan mendakwa dirinya nabi.

2.   Untuk memberi penerangan kepada manusia perbezaan antara mukjizat dan ilmu sihir. Sihir dapat dipelajari dan boleh dipergunakan pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh tukang sihir. Tetapi mukjizat tidak dapat dipelajari dan tidak boleh dijadikan bahan tontonan seperti sihir.

3.   Untuk memberi penerangan pada manusia bahawa sebenarnya sihir itu tidak dapat memudaratkan manusia kecuali dengan izin Allah s.w.t juga.

    Dengan tujuan itu Harut dan Marut diutus untuk memperkenalkan ilmu sihir kepada manusia. maka sebelum memulakan tugasnya mengajar ilmu sihir, kedua malaikat itu telah berkata kepada manusia: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir". Maksudnya barang siapa yang mempelajari sihir untuk mencapai segala keinginan dan kehendaklnya ataupun menyakiti seseorang, maka ia telah menjadi kafir.

    Malangnya sebahagian daripada musrid-murid yang diajar oleh Harut dan Marut tidak mengikut arahan mereka, sebaliknya mereka mempergunakan ilmunya untuk menceraikan pasangan suami isteri dan kemudharatan-kemudharata lainnya.

    Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
    "Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudarat dan tidak memberikan manfaat. Demi sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa siapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka mengetahui".
                                                                                                                                             (Surah Al-Baqarah ayat 102)


No comments:

Post a Comment