Monday, December 17, 2012

KISAH ISTERI ABU LAHAB TIDAK DAPAT MELIHAT RASULULLAH S.A.W


Pada suatu hari Rasulullah s.a.w mengumpulkan kaumnya dan beliau berkata: "Aku adalah utusan Allah kepada anda sekalian untuk menyampaikan berita bahawa seksa Allah itu amat pedih, oleh itu selamatkanlah dirimu dan keluargamu dari api neraka jahanam. Oleh itu hendaklah kamu semua menyembah Allah s.w.t".

   Abu Lahab yang ikut serta dalam perhimpunan itu sangat marah pada Rasulullah s.a.w dan mencabar Rasulullah s.a.w dengan berkata: "Celaka kau hai Muhammad, untuk inikah kau menjemput kami ke sini?". Berkata Abu Lahab lagi: "Tangkap Muhyammad ini sebelum orang lain dapat menangkapnya".

   Kelakuan Abu Lahab sudah melampau batas, tidak seperti kaum kerabat yang lain, mereka bersikap tenang dan sabar. Sehubungan dengan perbuatan Abu Lahab itu lalu Allah s.w.t menurunkan ayat Al-Lahab yang bermaksud:

   "Binasalah kedua tangan Abu Lahab sesungguhnya dia telah binasa".

   "Tidak berfaedah baginya harta bendanya dan segala perkara yang ia usahakan"'

   "Dia akan dimasukkan ke dalam api neraka yang bernyala-nyala".

   "Dan (begitu juga) isterinya, sebagai pembawa kayu bakar".

   "Yang dilehernya terdapat tali dari ijuk".

   Ayat ini tersebar ke seluruh kota Mekah, apabila berita ini sampai ketelingan Ummu Jamil (Isteri Abu Lahab) ia melenting kemarahan kerana ia dan suamnya telah dihinakan oleh ayat tersebut. Bertambah marah Ummu Jamil apabila ianya digelar Hammalatal Hatab (pembawa kayu bakar).

   Dengan membawa beberapa ketul batu, Ummu Jamil pergi mencari Rasullullah s.a.w untuk membalas dendam terhadap Rasulullah s.a.w. Setelah agak lama ia mencari akhirnya ia dapat mengesan Rasulullah s.a.w yang mana tekita itu baginda sedang duduk dekat Ka'bah dan sedang berbicara dengan Abu Bakar As-Siddiq r.a.

   Ummu Jamil menhendap-hendap mencari tempat yang sesuai utntuk melontarkan batu-batu tersebut ke arah Rasulullah s.a.w. Tetapi Allah Maha Berkuasa, ketika itu juga Allah memadamkan pandangan Ummu jamil terhadap Rasulullah s.a.w, ia tidak dapat melihat Rasulullah s.a.w. Ia hanya dapat melihat Abu Bakar As-Siddiq sahaja, ia ingat Rasulullah s.a.w telah lari menyelamatkan diri.
[bersambung...]

No comments:

Post a Comment