Friday, December 14, 2012

KISAH SIHIR MALAIKAT HARUT DAN MARUT


Bilakah bermulanya sihir?

Tidak ada manusia yang mengetahui secara pasti tentang bermulanya sihir, sebahagian kitab menyebutkan bahawa bermulanya sihir adalah sejak Malaikat Harut dan Marut mengajarkan ilmu sihir kepada manusia, ada yang mengatakan sejak Nabi Sulaiman a.s dan sebagainya.

    Yang jelasnya, jauh sebelum Harut dan Marut mengajarkan teori ilmu sihir, manusia sudah mengamalkan ilmu sihir. Mereka yang mempunyai ilmu ini dapat membuat manusia terpesona dengan kekuatan ilmunya. Dengan menggunakan ilmu sihir, manusia dapat menipu pandangan mata manusia akan wujudnya sesuatu yang sebenarnya tidak wujud. Seperti daun dijadikan burung, tali ditukar menjadi ular dan bahkan dapat melukai atau menyakiti tubuh manusia tanpa menyentuh atau mendekatinya. Kagum dan hairanlah orang ramai akan kehebatan dan keajaiban orang yang mempunyai sihir, akibatnya tukang-tukang sihir itu mendakwa dirinya sebagai nabi dan apa yang diperbuatnya adalah mukjizat.

   Orang ramai pun terpengaruh dan membenarkan dakwaannya. Sebenarnya pekerjaan tukan sihir itudibantu oleh jin yang memang akan menyesatkan manusia. Sebenarnya, semua pekerjaan sihir itu tidak akan terjadi kecuali atas izin Allah.

   Untuk memberitahu pengetahuan sebenar tentang sihir kepada manusia, Al;lah s.w.t mengutuskan dua orang malaikat Harut dan Marut dinegeri Babiil. Kedua malaikat itu mendedahkan dan mengajarkan kepada manusia teori ilmu sihir.

   Apakah gunanya manusia diajar teori ilmu sihir?
 [bersambung esok ya]

No comments:

Post a Comment