Thursday, December 13, 2012

RAHSIA KHUSYUK SEMBAHYANG

 
 
Dikisahkan bahawa ada seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusof, dia sangat wara' dan sangat khusyu' sembahyangnya. Namun demikian dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyu' dan selalu bertanya kepada orang yang dinaggapnya lebih baik ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasanya kurang khusyu'.
 
    Pada suatu hari Isam menhadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Asam dan bertanya: "Wahai Aba Abdurrahman (Nama gelaran Hatim), bagaimanakah caranya tuan sembahyang?".
 
   Berkata Hatim: "Apabila masuk waktu sembahyang, aku berwuduk zahir dan batin".
 
   Bertanya Isam: " Bagaimana wuduk batin  itu?".
 
   Berkata Hatim: " Wuduk zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:
          1. taubat
          2. menyesal akan dosa yang telah dilakukan
          3. tidak tergila-gila dengan dunia
          4. tidak mencari atau mengharpkan pujian dari manusia.
          5. meninggalkan sifat bermegah-megah
          6. meninggalkan sifat khianat dan menipu
          7. meninggalkan sifat dengki
 
    Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi kemasjid, ku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka disebelah kiriku, malaikat maut berada dibelakangku. Dan kubayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Shiratul Mustaqim' dan anku menganggap bahawa sembahyang ku kali ini adalah sebahyang terakhir bagiku (kerana aku rasa akan mati selepas sembahyang ini) kemian aku berniat dan bertakbir dengan baik'
 
    Setiap bacaan dan doa dalam sembahyang ku faham maknanya, kemuadian aku rukuk dan sujud dengan tawaduk (merasa hina), aku bertasyahhud (tahiyat) dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersembahyang selama 30 tahun.
 
   Apabila Isam mendengar, menangislah ia sekuat-kuatnya kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik apabila dibandingkan dengan Hatim.
 
 
   

No comments:

Post a Comment