Blog T E A C H E R R O S Salam untuk semua, Saya mengajak anda untuk berkongsi rasa dan rahasia SYUKUR DAN BAHAGIA Thank you Allah for the inspiration our children, family and friends. May Allah bless the good intention to learn and share.
Tuesday, December 17, 2013
Tip Mengembara
Bismillahirahmanirrahim
Segala puji bagi Allah SWT yang telah menganugerahkan kepada kita nikmat iman dan islam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat, tabiin dan sesiapa sahaja yang menuruti dan mengikut jejak langkah mereka sehingga hari Kiamat.
Fiman Allah SWT Surah al-Hajj 22:46) maksudnya;
"Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya mereka menjadi orang-orang yang mempunyai hati yang dengannya mereka dapat berfikir atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengemabar pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada".
Al-Quran al-karim telah mengajar kita bahawa pencarian kebenaran harus dilakukan dengan berjalan di atas muka bumi atau dalam bahasa lainnya, mesti dilakukan dengan mengembara dan bermusafir. Itulah sunnah yang dilakukan oleh para rasul Allah yang terdahulu apabila nabi-nabi Allah seperti Ibrahim, Luth, Ismail, Yusuf, Musa, Daud, Sulaiman, Isa dan Muhammad SAW semuanya pernah bermusafir ketika hidup mereka, semata-mata mencari kebenaran membawa perjuangan tauhid.
Para ulama mengatakan bahawa perintah berjalan di atas muka bumi Allah SWT ini terkandung hikmah dan tuntutan yang sangat besar. Melalui permusafiran, roh dan jiwa akan dapat menikmati kerehatan dan ketenangan serta memperoleh harapan dan kekuatan baru. Selain itu, islam juga turut menobatkan musafir dan pengembaraan sebagai suatu perbuatan yang mulia sehinggakan ibadat solat yang menjadi asas terpenting dalam Islam diberikan rukhsah dan keringangan bagi mereka yang bermusafir.
(Insya Allah Bersambung)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment