(pandangan dalam masjid di Damsyik-pernah ziarah ke sini suatu tika dulu)
Apabila Khalifah Abu Jakfar Al-Mansur memerintah daulah bani Abasiyah, Imam Hanafi dilantik sebagai kadhi diBaghdad. Beliau dipangil untuk mengadap Khalifah, apabila Imam Hanafi berdepan dengan Khalifah, Abu Jakfar Al-Mansur memaksda beliau dengan bersumpahuntuk menerima jawatan yang diberikan. Tetapi Imam Hanafi menolak dengan bersumpah. Berkata seorang pegawai:"Apakah tuan guru tetap menolak titah baginda, sedangkan baginda telah bersumpah agar tuan guru menerima jawatan itu?".
Berkata Imam Hanafi: " Khalifah lebih layak membayar kifarat sumpah saya". Maksudnya, Imam Hanafi tidak akan membayar kifarat sumpahnya kerana ia tetap tidak mahukan jawatan itu.
Kerana menolak jawatan itu Imam Hanafi dimasukkan ke dalam penjara lagi hingga ke suatu masa yang ditentukan oleh Khalifah. Setelah sekian lama dalam penjara beliau dihadapkan kepada Khalifah untuk ditanya samada beliau bersedia menerima jawatan itu ataupun tidak, tetapi beliau tetap menolaknya.
Berkata Khalifah:" Wahai Nukman, adakah kamu suka dengan keadaan seperti sekarang ini?". Berkata Imam Hanafi, "Semoga Allah memperbaiki Amirul Mukminin. Wahai Amirul Mukminin, takulah kepada Allah dan janganlah engkau bersubahat dalam kepercayaan engkau dengan orang yang tidak taku kepada Allah! Demi Allah saya bukanlah orang yang dapat dipercayai diwaktu tenang, jadi bagaimanakah saya dapat dipercayai diwaktu marah? Sebenarnya saya tidak patut ditawarkan jawatan seperti itu".
Berkata Khalifah dengan marah: "Kamu berdusta, kamu memang layak memegang jawatan itu".
Berkata Imam Hanafi, " Ya Amirul Mukminin, tuanku sendiri telah mengatakan saya pendusta, kalau begitu bagaimakah tuanku hendak melantik seorang pendusta memegang jawatan itu". Khalifah Abu Jakfar sangat marah sebab Imam Hanafi dapat menagkis kata-katanya kemudian beliau memerintahkan supaya Imam Hanafi dimasukkan kembali ke dalam penjara.
[bersambung]

No comments:
Post a Comment