Sunday, December 30, 2012

KISAH ASAL USUL HAJAR ASWAD


Ketika nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Ka'bah banyak kekurangan yang dilaminya. Pada mulanya Ka'bah tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama nabi Ismail bertungkus lumus untuk menjayakan pembinaanya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.

   Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Ka'bah itu selesai, ternya nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Ka'bah.

   Berkata nabi Ibrahim a.s. kepada nabi Ismail a.s.:"Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi menuasia".

   Kemudian nabi Ismail a.s. pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika nabi Ismail a.s. sedang mencari batu disebuah bukit, tiba-tiba datang Malaikat Jibrail a.s. memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian nabi Ibrahim a.s bertanya :"Dari mana kamu dapat batu ini?".

   Berkata nabi Ismail a.s. "Batu ini ku terima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibrail)".

   Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Ka'bah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak dapat mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja.

   Ada riwayat mengatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih tetapi akibat dari dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Ka'bah ia menjadi hitam seperti yang kedapatan sekarang. Aallahu'alam.

   Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu tidak mempunyai apa-apa kekuatan, menciumnya adalah sunnah dan di tempat Hajar Aswad itu merupakan tempat perkenan doa. Bagi yang kelapangan berdoalah di sana, insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah s.w.t. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyekutukan Allah, sebab tipu daya syaitan sangat kuat di Tanah Suci Mekah.

   Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu,: "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah s.a.w menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan".

No comments:

Post a Comment