Oleh kerana terlalu geram Ummu Jamil terus menghampiri Abu Bakar dengan berkata:"Hai Abu Bakar, mana kawan kamu itu?". Abu Bakar tidak menjawab pertanyaan Ummu Jamil itu, tetapi beliau hanya mendiamkan diri sahaja. Berkata Ummu Jamil lagi: "Aku dengar dia telah merendah-rendahkan aku dan suamiku dengan kata-katanya. Awas, kalau aku jumpa dia akan aku baling ia dengan batu-batu ini". Abu Bakar hanya berdiam diri, sementara wanita yang separuh gila itu memaki hamun baginda s.a.w. Ummu Jamil bersyair bagaikan orang gila:
"Hai dia (Muhammad ) marah, disebabkan dia (Abu Lahab) tidak mengikut cakap dia",
"Dia marah, kerana kita tolak (ajakannya)".
"Kita abaikan ajakkannya dan ajarannya kita tidak terima"'
Setelah puas hati Ummu Jamil memaki-hamun dan bersyair, akhirnya ia pun pulang. Ia sentiasa membawa beberapa ketul batu ditangan dengan tujuan, kalau-kalau ia bertemu dengan Rasulullah s.a.w dia kan melemparkannya.
Setelah Ummu Jamil meninggalkan tempat tersebut, Abu Bakar pun bertanya kepada Rasulullah s.a.w yang dari tadi sedang duduk berhadapan dengannya: "Ya Rasulullah s.a.w. bukankah wanita itu melihat tuan?". Berkata Rasulullah s.a.w: "Tidak, wanita itu tidak dapat melihatku, kerana Allah s.w.t telah memadamkan penglihatannya daripada melihatku".

No comments:
Post a Comment