Monday, December 31, 2012

DUNIA DI TANGAN AKHIRAT DI HATI

Sombong itu terkutuk
Kecuali terhadap syaitan dan hawa nafsu
jangan merendah, jangan mengalah!
 
Kau mesti mulakan langkah ini. Bukan sekali tetapi berkali-kali.
Peganglah janji Allah ini:
"Barangsiapa yang bersungguh-sungguh dijalan KAMI, pasti akan kami tunjukkan jalan-jalan KAMI". -al-Quran

Sunday, December 30, 2012

KISAH ASAL USUL HAJAR ASWAD


Ketika nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Ka'bah banyak kekurangan yang dilaminya. Pada mulanya Ka'bah tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama nabi Ismail bertungkus lumus untuk menjayakan pembinaanya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.

   Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Ka'bah itu selesai, ternya nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Ka'bah.

   Berkata nabi Ibrahim a.s. kepada nabi Ismail a.s.:"Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi menuasia".

   Kemudian nabi Ismail a.s. pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika nabi Ismail a.s. sedang mencari batu disebuah bukit, tiba-tiba datang Malaikat Jibrail a.s. memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian nabi Ibrahim a.s bertanya :"Dari mana kamu dapat batu ini?".

   Berkata nabi Ismail a.s. "Batu ini ku terima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibrail)".

   Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Ka'bah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak dapat mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja.

   Ada riwayat mengatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih tetapi akibat dari dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Ka'bah ia menjadi hitam seperti yang kedapatan sekarang. Aallahu'alam.

   Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu tidak mempunyai apa-apa kekuatan, menciumnya adalah sunnah dan di tempat Hajar Aswad itu merupakan tempat perkenan doa. Bagi yang kelapangan berdoalah di sana, insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah s.w.t. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyekutukan Allah, sebab tipu daya syaitan sangat kuat di Tanah Suci Mekah.

   Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu,: "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah s.a.w menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan".

Thursday, December 20, 2012

KISAH ISTERI ABU LAHAB TIDAK DAPAT MELIHAT RASULULLAH S.A.W(2)

 
Oleh kerana terlalu geram Ummu Jamil terus menghampiri Abu Bakar dengan berkata:"Hai Abu Bakar, mana kawan kamu itu?". Abu Bakar tidak menjawab pertanyaan Ummu Jamil itu, tetapi beliau hanya mendiamkan diri sahaja. Berkata Ummu Jamil lagi: "Aku dengar dia telah merendah-rendahkan aku dan suamiku dengan kata-katanya. Awas, kalau aku jumpa dia akan aku baling ia dengan batu-batu ini". Abu Bakar hanya berdiam diri, sementara wanita yang separuh gila itu memaki hamun baginda s.a.w. Ummu Jamil bersyair bagaikan orang gila:
 
   "Hai dia (Muhammad ) marah, disebabkan dia (Abu Lahab) tidak mengikut cakap dia",
 
   "Dia marah, kerana kita tolak (ajakannya)".
 
   "Kita abaikan ajakkannya dan ajarannya kita tidak terima"'
 
   Setelah puas hati Ummu Jamil memaki-hamun dan bersyair, akhirnya ia pun pulang. Ia sentiasa membawa beberapa ketul batu ditangan dengan tujuan, kalau-kalau ia bertemu dengan Rasulullah s.a.w dia kan melemparkannya.
 
   Setelah Ummu Jamil meninggalkan tempat tersebut, Abu Bakar pun bertanya kepada Rasulullah s.a.w yang dari tadi sedang duduk berhadapan dengannya: "Ya Rasulullah s.a.w. bukankah wanita itu melihat tuan?". Berkata Rasulullah s.a.w: "Tidak, wanita itu tidak dapat melihatku, kerana Allah s.w.t telah memadamkan penglihatannya daripada melihatku".

Monday, December 17, 2012

KISAH ISTERI ABU LAHAB TIDAK DAPAT MELIHAT RASULULLAH S.A.W


Pada suatu hari Rasulullah s.a.w mengumpulkan kaumnya dan beliau berkata: "Aku adalah utusan Allah kepada anda sekalian untuk menyampaikan berita bahawa seksa Allah itu amat pedih, oleh itu selamatkanlah dirimu dan keluargamu dari api neraka jahanam. Oleh itu hendaklah kamu semua menyembah Allah s.w.t".

   Abu Lahab yang ikut serta dalam perhimpunan itu sangat marah pada Rasulullah s.a.w dan mencabar Rasulullah s.a.w dengan berkata: "Celaka kau hai Muhammad, untuk inikah kau menjemput kami ke sini?". Berkata Abu Lahab lagi: "Tangkap Muhyammad ini sebelum orang lain dapat menangkapnya".

   Kelakuan Abu Lahab sudah melampau batas, tidak seperti kaum kerabat yang lain, mereka bersikap tenang dan sabar. Sehubungan dengan perbuatan Abu Lahab itu lalu Allah s.w.t menurunkan ayat Al-Lahab yang bermaksud:

   "Binasalah kedua tangan Abu Lahab sesungguhnya dia telah binasa".

   "Tidak berfaedah baginya harta bendanya dan segala perkara yang ia usahakan"'

   "Dia akan dimasukkan ke dalam api neraka yang bernyala-nyala".

   "Dan (begitu juga) isterinya, sebagai pembawa kayu bakar".

   "Yang dilehernya terdapat tali dari ijuk".

   Ayat ini tersebar ke seluruh kota Mekah, apabila berita ini sampai ketelingan Ummu Jamil (Isteri Abu Lahab) ia melenting kemarahan kerana ia dan suamnya telah dihinakan oleh ayat tersebut. Bertambah marah Ummu Jamil apabila ianya digelar Hammalatal Hatab (pembawa kayu bakar).

   Dengan membawa beberapa ketul batu, Ummu Jamil pergi mencari Rasullullah s.a.w untuk membalas dendam terhadap Rasulullah s.a.w. Setelah agak lama ia mencari akhirnya ia dapat mengesan Rasulullah s.a.w yang mana tekita itu baginda sedang duduk dekat Ka'bah dan sedang berbicara dengan Abu Bakar As-Siddiq r.a.

   Ummu Jamil menhendap-hendap mencari tempat yang sesuai utntuk melontarkan batu-batu tersebut ke arah Rasulullah s.a.w. Tetapi Allah Maha Berkuasa, ketika itu juga Allah memadamkan pandangan Ummu jamil terhadap Rasulullah s.a.w, ia tidak dapat melihat Rasulullah s.a.w. Ia hanya dapat melihat Abu Bakar As-Siddiq sahaja, ia ingat Rasulullah s.a.w telah lari menyelamatkan diri.
[bersambung...]

Sunday, December 16, 2012

KISAH SIHIR MALAIKAT HARUT DAN MARUT(2)


Ya, apakah gunanya manusia diajar teori ilmu sihir.

1.   Untuk menentang keburukan-keburukan yang dilakukan oleh tukang-tukang sihir yang menjadi kawan jin dan mendakwa dirinya nabi.

2.   Untuk memberi penerangan kepada manusia perbezaan antara mukjizat dan ilmu sihir. Sihir dapat dipelajari dan boleh dipergunakan pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh tukang sihir. Tetapi mukjizat tidak dapat dipelajari dan tidak boleh dijadikan bahan tontonan seperti sihir.

3.   Untuk memberi penerangan pada manusia bahawa sebenarnya sihir itu tidak dapat memudaratkan manusia kecuali dengan izin Allah s.w.t juga.

    Dengan tujuan itu Harut dan Marut diutus untuk memperkenalkan ilmu sihir kepada manusia. maka sebelum memulakan tugasnya mengajar ilmu sihir, kedua malaikat itu telah berkata kepada manusia: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir". Maksudnya barang siapa yang mempelajari sihir untuk mencapai segala keinginan dan kehendaklnya ataupun menyakiti seseorang, maka ia telah menjadi kafir.

    Malangnya sebahagian daripada musrid-murid yang diajar oleh Harut dan Marut tidak mengikut arahan mereka, sebaliknya mereka mempergunakan ilmunya untuk menceraikan pasangan suami isteri dan kemudharatan-kemudharata lainnya.

    Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
    "Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudarat dan tidak memberikan manfaat. Demi sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa siapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka mengetahui".
                                                                                                                                             (Surah Al-Baqarah ayat 102)


Friday, December 14, 2012

KISAH SIHIR MALAIKAT HARUT DAN MARUT


Bilakah bermulanya sihir?

Tidak ada manusia yang mengetahui secara pasti tentang bermulanya sihir, sebahagian kitab menyebutkan bahawa bermulanya sihir adalah sejak Malaikat Harut dan Marut mengajarkan ilmu sihir kepada manusia, ada yang mengatakan sejak Nabi Sulaiman a.s dan sebagainya.

    Yang jelasnya, jauh sebelum Harut dan Marut mengajarkan teori ilmu sihir, manusia sudah mengamalkan ilmu sihir. Mereka yang mempunyai ilmu ini dapat membuat manusia terpesona dengan kekuatan ilmunya. Dengan menggunakan ilmu sihir, manusia dapat menipu pandangan mata manusia akan wujudnya sesuatu yang sebenarnya tidak wujud. Seperti daun dijadikan burung, tali ditukar menjadi ular dan bahkan dapat melukai atau menyakiti tubuh manusia tanpa menyentuh atau mendekatinya. Kagum dan hairanlah orang ramai akan kehebatan dan keajaiban orang yang mempunyai sihir, akibatnya tukang-tukang sihir itu mendakwa dirinya sebagai nabi dan apa yang diperbuatnya adalah mukjizat.

   Orang ramai pun terpengaruh dan membenarkan dakwaannya. Sebenarnya pekerjaan tukan sihir itudibantu oleh jin yang memang akan menyesatkan manusia. Sebenarnya, semua pekerjaan sihir itu tidak akan terjadi kecuali atas izin Allah.

   Untuk memberitahu pengetahuan sebenar tentang sihir kepada manusia, Al;lah s.w.t mengutuskan dua orang malaikat Harut dan Marut dinegeri Babiil. Kedua malaikat itu mendedahkan dan mengajarkan kepada manusia teori ilmu sihir.

   Apakah gunanya manusia diajar teori ilmu sihir?
 [bersambung esok ya]

Thursday, December 13, 2012

RAHSIA KHUSYUK SEMBAHYANG

 
 
Dikisahkan bahawa ada seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusof, dia sangat wara' dan sangat khusyu' sembahyangnya. Namun demikian dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyu' dan selalu bertanya kepada orang yang dinaggapnya lebih baik ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasanya kurang khusyu'.
 
    Pada suatu hari Isam menhadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Asam dan bertanya: "Wahai Aba Abdurrahman (Nama gelaran Hatim), bagaimanakah caranya tuan sembahyang?".
 
   Berkata Hatim: "Apabila masuk waktu sembahyang, aku berwuduk zahir dan batin".
 
   Bertanya Isam: " Bagaimana wuduk batin  itu?".
 
   Berkata Hatim: " Wuduk zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:
          1. taubat
          2. menyesal akan dosa yang telah dilakukan
          3. tidak tergila-gila dengan dunia
          4. tidak mencari atau mengharpkan pujian dari manusia.
          5. meninggalkan sifat bermegah-megah
          6. meninggalkan sifat khianat dan menipu
          7. meninggalkan sifat dengki
 
    Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi kemasjid, ku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka disebelah kiriku, malaikat maut berada dibelakangku. Dan kubayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Shiratul Mustaqim' dan anku menganggap bahawa sembahyang ku kali ini adalah sebahyang terakhir bagiku (kerana aku rasa akan mati selepas sembahyang ini) kemian aku berniat dan bertakbir dengan baik'
 
    Setiap bacaan dan doa dalam sembahyang ku faham maknanya, kemuadian aku rukuk dan sujud dengan tawaduk (merasa hina), aku bertasyahhud (tahiyat) dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersembahyang selama 30 tahun.
 
   Apabila Isam mendengar, menangislah ia sekuat-kuatnya kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik apabila dibandingkan dengan Hatim.
 
 
   

Wednesday, December 12, 2012

KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH(2)

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata: " Simpan duit ini". Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, disamping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya mengambil duit  tersebut secara senyap-senyap dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

     Setelah beberap hari kemudian, suaminya itu memanggil isterinya dan berkata: "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan".

    Kemudian isterinya ke tempat ia di simpan dan diikuti oleh suaminya, dengan berhati-hati ia menghampiri tempat ia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca :"Bismillahirahmanirrahim". Ketika itu Allah s.w.t menghantar malaikat Jibrail a.s untuk mengembalikan beg duit bersama isinya ke tempat asal itu. Lalu perempuan itu mengambil beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

    Alangkah terperanjat suaminya, ia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga ia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca bismillah apabila hendak memulakan sesuatu kerja.

    Saudara-saudaraku apabila kita hendak memulakan sesuatu pekerjaan, mulakanlah dengan bismillah. Memang begitulah yang diajarkan oleh Rasullullah s.a.w kepada kita. Mudah-mudahan kerja yang kita buat mendapat berkat dari Allah s.w.t. Tidaklah rugi kita memulakan sesuatu pekerjaan dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang. Allah akan menyayangi kita apabila kita sentiasa mengingatinya. Segala usaha kita insha Allah akan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t

Tuesday, December 11, 2012

KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

 
Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suami seorang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama, dan tidak mahu membuat kebaikan.

     Perempuan itu sentiasa membaca bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokan isterinya.

    Berkata suaminya sambil mengejek:"Asik bismillah, bismillah. sekejap-sekejap bismillah".

    Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya ia berdoa kepada Allah s.w.t supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata: "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu".
  [bersambung]

Thursday, December 6, 2012

KISAH IMAM HANAFI DIROTAN 110 KALI DALAM PENJARA (2)

(pandangan dalam masjid di Damsyik-pernah ziarah ke sini suatu tika dulu)
 
Ketika kerajaan Islam di bawah kuasa daulat bani Umayah, Imam Hanafi dilantik memegang jawatan tinggi, tetapi beliau tetap menolak dan memilih hukuman. Imam Hanafi dimasukkan ke dalam penjara dan dikenakan rotan sebanyak 110 kali. Setiap hari beliau dirotan sebanyak 10 kali. Ketika itu belaiu telahpun mencapai usia 50 tahun.

      Apabila Khalifah Abu Jakfar Al-Mansur memerintah daulah bani Abasiyah, Imam Hanafi dilantik sebagai kadhi diBaghdad. Beliau dipangil untuk mengadap Khalifah, apabila Imam Hanafi berdepan dengan Khalifah, Abu Jakfar Al-Mansur memaksda beliau dengan bersumpahuntuk menerima jawatan yang diberikan. Tetapi Imam Hanafi menolak dengan bersumpah. Berkata seorang pegawai:"Apakah tuan guru tetap menolak titah baginda, sedangkan baginda telah bersumpah agar tuan guru menerima jawatan itu?".

     Berkata Imam Hanafi: " Khalifah lebih layak membayar kifarat sumpah saya". Maksudnya, Imam Hanafi tidak akan membayar kifarat sumpahnya kerana ia tetap tidak mahukan jawatan itu.

    Kerana menolak jawatan itu Imam Hanafi dimasukkan ke dalam penjara lagi hingga ke suatu masa yang ditentukan oleh Khalifah. Setelah sekian lama dalam penjara beliau dihadapkan kepada Khalifah untuk ditanya samada beliau bersedia menerima jawatan itu ataupun tidak, tetapi beliau tetap menolaknya.

    Berkata Khalifah:" Wahai Nukman, adakah kamu suka dengan keadaan seperti sekarang ini?". Berkata Imam Hanafi, "Semoga Allah memperbaiki Amirul Mukminin. Wahai Amirul Mukminin, takulah kepada Allah dan janganlah engkau bersubahat dalam kepercayaan engkau dengan orang yang tidak taku kepada Allah! Demi Allah saya bukanlah orang yang dapat dipercayai diwaktu tenang, jadi bagaimanakah saya dapat dipercayai diwaktu marah? Sebenarnya saya tidak patut ditawarkan jawatan seperti itu".

     Berkata Khalifah dengan marah: "Kamu berdusta, kamu memang layak memegang jawatan itu".

    Berkata Imam Hanafi, " Ya Amirul Mukminin, tuanku sendiri telah mengatakan saya pendusta, kalau begitu bagaimakah tuanku hendak melantik seorang pendusta memegang jawatan itu". Khalifah Abu Jakfar sangat marah sebab Imam Hanafi dapat menagkis kata-katanya kemudian beliau memerintahkan supaya Imam Hanafi dimasukkan kembali ke dalam penjara.
 [bersambung]

Wednesday, December 5, 2012

KISAH IMAM HANAFI DIROTAN 110 KALI DALAM PENJARA

gambar sekadar hiasan
 
Kerana Kealiman, Imam Hanafi atau dikenali sebagai imam Abu Hanifah atau nama sebenarnya ialah An-Nuk'man bin Tsabit ditawarkan berbagai jawatan oleh kerajaan berdaulat bani Abasiyah, beliau telah diminta memegang jawatan setiausaha kerajaan, bendahari dan kadhi. Tetapi kesemua jawatan itu ditolak Imam Hanafi kerana kewarakannya dan tidak mahu berkhidmat di jawatan rasmi.

         Imam Hanafi pernah banyak kali dijatuhkan hukuman oleh kerajaan kerana membangkang kehendak khalifah. Gabenur Yazid bin Hurairah melantik Imam Hanafi menjadi khadi di Kota Kufah, tetapi Imam Hanafi tetap menolak.

         Gabenur Yazid menjadii marah apabila Imam Hanafi tidak mahu menerima pelantikkannya. Berkata Gabenur Yazid: "Kalau dia tetap tidak mahu menerima jawatan yang ditawarkan, pukul ia".

         [bersambung]

Saturday, December 1, 2012

FAKTA-FAKTA PENTING UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN

 
1. Jika anda berasa lapar di antara waktu makan, makanlah BUAH-BUAHAN
2. Papaya, oren, tembikai, epal dan limau nipis adalah buah-buahan yang baik. PISANG PERLU DIAMBIL SECARA SEDERHANA.
3. Mangga, angggur dan ciku perlu dimakan dengan kadar sedikit. Ingat, semua buah-buahan mengandungi kalori. Sebiji Oren mempunyai 70 kalori bersamaan dengan sekeping roti canai nipis. Hanya buah-buahan sepereti tembikai dan papaya berkalori rendah tetapi tinggi serat dan air.
4. Sentiasa dapatkan buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi dan elakkan dari mengambil buah-buahan yang mengandungi banyak gula