Tuesday, December 31, 2013

BaraGOLD63


Nilai harga emas berubah dari masa ke semasa. Emas adalah satu-satunya logam yang bernilai yang akan kekal stabil semasa ekonomi yang tidak menentu. Tambahan pula, memiliki emas adalah cara terbaik untuk mengekalkan kuasa pembelian anda. Pada zaman kemakmuran, emas juga manfaat daripada permintaan yang meningkat daripada industri dan untuk barang kemas.

Daripada semua logam berharga, emas adalah yang paling popular sebagai pelaburan. Pelabur biasanya membeli emas sebagai lindung nilai atau pelabuhan terhadap ekonomi, politik, sosial atau matawang krisis fiat (termasuk pasaran pelaburan menurun, berkembang hutang negara, kegagalan mata wang,inflasi, peperangan dan pergolakan sosial).
 
Pasaran emas adalah tertakluk kepada spekulasi seperti pasaran lain, terutama melalui penggunaan kontrak niaga hadapan dan derivatif. Sejarah standard emas, peranan rizab emas dalam perbankan pusat, korelasi rendah emas dengan harga komoditi lain, dan harga yang berhubung dengan mata wang fiat semasa krisis kewangan global 2007-2012, mencadangkan emas yang bertindak lebih seperti mata wang daripada komoditi.
 
Dari Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
 
"Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yg bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia.Maka simpanlah EMAS(dinar) dan PERAK(dirham)".
(musnad Iman Ahmad Ibn Hanbal).
 
Sebagai perbandingan mudah pada zaman itu,1 dinar(4.25g)boleh digunakan untuk membeli seekor kambing.Selepas 1400 tahun masa berlalu 1dinar(4.25g=harga pd nilaian thn 2013 rm600-rm700) boleh membeli seekor kambing.inilah kehebatan EMAS yg telah dijamin nilainya sehingga ke akhir zaman.

P/S
Tak sungguh tak kata, tak tumbuh tak melata..
Jom beli emas murah di http://www.powerbizz96.com/BaraGOLD63
 

Friday, December 20, 2013

Part 4


Kini ramai orang melawat tempat sejarah, kota besar, tinggalan kota lama, tempat kerosakan akibat daripada kekejaman manusia dan lain-lain lagi. Ini adalah sebagi peringatan kepada manusia tentang kesilapan masa lampau dan berpeluang untuk menginsafi serta mempelajari daripada sejarah itu.

Thursday, December 19, 2013

Tip mengembara part3


Bermusafir, mengembara atau melancong adalah suatu aktiviti yang boleh mendatangkan keseronokan dan dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Allah SWT mencipta bumi untuk diterokai supaya minda manusia berkembang dan sentiasa mencari kebenaran ilmu.

Sejarah nabi dan rasul telah menunjukkan mereka semuanya mengembara. Mereka bergerak untuk berdakwah kepada kaumnya dan Nabi Muhammad SAW sendiri pernah mengembara hingga ke Madinah untuk menyebarkan syiar islam dan baginda juga ke Syam untuk urusan perniagaan. Sahabat-sahabat juga mengembara ke seluruh benua untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka.

(bersambung)

Wednesday, December 18, 2013

Tip Mengembara part2

 
 
Antara yang dapat disimpulkan daripada Al-Quran dan as-sunnah ialah lima perkara yang harus menjadi tujuan seseorang yang bermusafir di atas bumi Allah, iaitu
               a) untuk melihat kebesaran Allah agar menambah keimanan,
               b) menuntut ilmu pengetahuan bagi memperbaiki diri
               c) mencari rezeki serta kehidupan yang lebih baik
               d) berjihad dan berdakwah menyampaikan kebenaran
               e) serta dengan tujuan untuk menjalinkan hubungan silahturahim   
                   sesama insan.

Sekiranya tujuan-tujuan ini menjadi asas kepada setiap insan yang melata di atas muka dunia, maka sudah pasti banyak hikmah, ilmu dan pengalaman yang dapat dikutip seterusnya memperoleh ganjaran yang sangat besar di sisi Allah SWT.

Sesuatu urusan yang baik tujuannya, namun teknikal dan pengurusannya tidak bersistematik dan bercelaru akan menatijahkan pengakhiran yang hambar dan suram. Setiap dari kita dituntut untuk melakukan persediaan tatkala ingin mengembara. Bukannya hanya menyerahkan bulat-bulat sesuatu urusan kepada Allah SWT. Hal ini jelas di dalam Al-Quran sebagaiman firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah 2: 197 bermaksud:

 "Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah takwa"

(bersambung In Sya Allah)

Tuesday, December 17, 2013

Tip Mengembara




Bismillahirahmanirrahim

Segala puji bagi Allah SWT yang telah menganugerahkan kepada kita nikmat iman dan islam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat, tabiin dan sesiapa sahaja yang menuruti dan mengikut jejak langkah mereka sehingga hari Kiamat.

Fiman Allah SWT Surah al-Hajj 22:46) maksudnya;

"Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya mereka menjadi orang-orang yang mempunyai hati yang dengannya mereka dapat berfikir atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengemabar pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada".

Al-Quran al-karim telah mengajar kita bahawa pencarian  kebenaran harus  dilakukan dengan berjalan di atas muka bumi atau dalam bahasa lainnya, mesti dilakukan dengan mengembara dan bermusafir. Itulah sunnah yang dilakukan oleh para rasul Allah yang terdahulu apabila nabi-nabi Allah seperti Ibrahim, Luth, Ismail, Yusuf, Musa, Daud, Sulaiman, Isa dan Muhammad SAW semuanya pernah bermusafir ketika hidup mereka, semata-mata mencari kebenaran membawa perjuangan tauhid.

Para ulama mengatakan bahawa perintah berjalan di atas muka bumi Allah SWT ini terkandung hikmah dan tuntutan yang sangat besar. Melalui permusafiran, roh dan jiwa akan dapat menikmati kerehatan dan ketenangan serta memperoleh harapan dan kekuatan baru. Selain itu, islam juga turut menobatkan musafir dan pengembaraan sebagai suatu perbuatan yang mulia sehinggakan ibadat solat yang menjadi asas terpenting dalam Islam diberikan rukhsah dan keringangan bagi mereka yang bermusafir.

(Insya Allah Bersambung)