Tuesday, April 10, 2012

KES: PEMAKANAN

Kita yang makan makanan Halal ini (ada cap JAKIM lagi),
 umur 35 tahun didiagnos dengan sindrom metabolik.
40 tahun disahkan mengidap diabetis.
50 tahun angina.
 55 tahun stroke.
 60 tahun, Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’oon!
Itu sudah dikira ‘okay’.
Di situlah mungkin tersilapnya kita. Begitu berhati-hati pada memastikan makanan yang dimakan itu HALAL, terlupa bahawa HALAL sahaja tidak cukup. Kalau mahu makan ikut peraturan Allah, makanan bukan sahaja perlu HALALAN malah TAYYIBAN.
Halalan itu adalah kepatuhan kepada Syariatullah.
 Tayyiban pula adalah kepatuhan kepada Sunnatullah.
Mematuhi peraturan Sains Pemakanan.
Halalan tengok ingredients.
Tayyiban tengok nutrition facts.
Dua-dua itu Islam.
Ambil separuh, tinggal separuh, tidak dapat khasiat Islam.

Bayangkan contoh berikut:
Seekor unta (haiwan ‘Islam’),
kelahiran Arab Saudi (berhampiran Mekah),
 disembelih oleh Imam (bukan sebarang orang),
 Imam besar (bukan sebarang Imam),
Imam besar Masjid negara (bukan sebarang masjid),
sembelih pula subuh Jumaat (bukan sebarang masa),
Jumaat terakhir bulan Ramadan (bukan sebarang Jumaat),
malam tadi Lailatul Qadar!
Allahu Akbar!
Betapa HALALnya unta itu!
Ia dimasak kari, dimakan oleh Pak Haji pesakit darah tinggi…. mati orang tua itu!
Sifirnya ialah, makanan itu sangat Halal, tetapi tidak baik. Tidak Tayyib, untuk pesakit darah tinggi seperti Pak Haji!

DR. HINOHARA SHIGEAKI

No comments:

Post a Comment