Legasi Bersifat Khidmat untuk Umat ,
"Responsif terhadap Persekitaran, proaktif memberikan penyelesaian"
Terdapat banyak masalah dalam masyarakat Islam di seluruh dunia seperti kemiskinan, buta huruf, tahap kesihatan dan kebersihan yang rendah, akses pendidikan yang terhad, dan diskriminasi gender.
Dalam setiap masalah dan isu, pasti ada kerelevenannya dengan umat islam.
DI SINILAH.. KITA perlu berkreativiti dalam membina Legasi. Di saat negara dibanjiri dengan wakaf spt surau, madrasah dan sekolah..., sewajarnya kita aalihkan perhatian dan fokus kepada masalah dan kereatif menyelesaikannya.
Dalam AlQuran, dikisahkan Zulkarnain begitu responsif terhadap keperluan sebuah kaum yang sering dizalimi oleh Yakjuj dan Makjuj. Zulkarnain membangunkan sebuah tembok untuk menghalang Yakjuj dan Makjuj dtg mengganggu.
Beliau meninggalkan legasi untuk kaum yang dibantu dan masalah mereka dapat diselesaikan. Legasinya yang lebih besar ialah pada ilmu sains bahan. (sila hayati SURAH AL-KAHFI 18: 94-97 ,tak dpt nak salin makna)
Legasi Zulkarnain juga melibatkan komuniti involvement. Bermaksud ia turut memberi peluang dan meransang orang lain menyumbang saham akhirat bersama-sama.
Ya begitulah...semoga umat akan terus makmur dengan usaha tanpa henti daripada para pejuang masyarakat.
Tetapi INGAT...Meninggalkan Legasi bukan bererti memastikan nama kita dijulang setelah ketiadaan kita. Malah Allah dan rasulnya melarang kita berbuat sesuatu dengan tujuan manusia ingat akan kita selepas kita mati. wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment