Ketidak pedulian manusia terhadap persekitarannya sering berkait rapat dengan persoalan world view…
cara seseorang itu memandang dan menilai kehidupannya.
Atau dalam bahasa yang lebih mudah, tidak jelas tujuan dan maksud hidupnya.
Hingga tiada apa yang perlu difikirkan kecuali 5 rukun hidup iaitu makan, minum, kerja, rehat dan seks.
Mereka ini dibahasakan oleh al-Quran sebagai “seperti binatang ternakan bahkan lebih sesat adanya”.
Ada telinga enggan mendengar, ada mata enggan melihat,
ada akal enggan berfikir… lantas dibahasakan oleh al-Quran sebagai binatang ternak.
Jika harimau, ada jugalah megahnya dia di rimba sebagai raja.
Tetapi binatang ternak… seburuk-buruk tamsilan untuk manusia yang diberi akal tetapi masih hidup dengan falsafah binatang.
Apakah falsafah binatang ternak?
Anda pernah melihat kambing keluar kandang pada waktu pagi dan berazam untuk menjadi kambing yang lebih baik dari semalam?
Pastinya tidak! Setiap pagi, apa yang difikirkan oleh seekor kambing ialah, apa aku nak makan hari ini,
di mana aku nak berehat, siapa bini aku hari ini, dan itu sahaja.
Malang sekali, tidak sedikit manusia hidup dengan falsafah yang sama.
Malah kerana dia manusia, bukan hanya berfikir hari ini mahu makan apa,
bahkan hari ini mahu makan siapa!
Binatang ternak yang tertambat di batang pokok menunggu saat sembelihan, bagaimana kelakuannya?
Jika anda mengasah pisau, apakah lembu kambing itu akan kecut perut memerhatikan pisau atau matanya sibuk merenung rumput hijau yang lazat segar mengelilingi dirinya?
Pasti sahaja, lembu dan kambing hanya berfikir tentang rumput dan perut.
Malang sekali, bagi manusia yang hidupnya sekadar untuk makan, minum, kerja, rehat dan kahwin,
jika kita ceritakan kepadanya tentang perancangan musuh terhadap kita, penindasan dan korupsi,
ketidak adilan dan kebejatan sosial, apa yang mampu difikirkannya hanyalah soal rumput, makanan
dan segala kepentingan diri yang berkaitan dengan perutnya semata-mata.
Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi adanya. Sudah diberi akal, tetapi masih hidup seperti binatang.
Blog T E A C H E R R O S Salam untuk semua, Saya mengajak anda untuk berkongsi rasa dan rahasia SYUKUR DAN BAHAGIA Thank you Allah for the inspiration our children, family and friends. May Allah bless the good intention to learn and share.
Sunday, April 29, 2012
Sunday, April 22, 2012
Apa Legasi kita?
Legasi Bersifat Khidmat untuk Umat ,
"Responsif terhadap Persekitaran, proaktif memberikan penyelesaian"
Terdapat banyak masalah dalam masyarakat Islam di seluruh dunia seperti kemiskinan, buta huruf, tahap kesihatan dan kebersihan yang rendah, akses pendidikan yang terhad, dan diskriminasi gender.
Dalam setiap masalah dan isu, pasti ada kerelevenannya dengan umat islam.
DI SINILAH.. KITA perlu berkreativiti dalam membina Legasi. Di saat negara dibanjiri dengan wakaf spt surau, madrasah dan sekolah..., sewajarnya kita aalihkan perhatian dan fokus kepada masalah dan kereatif menyelesaikannya.
Dalam AlQuran, dikisahkan Zulkarnain begitu responsif terhadap keperluan sebuah kaum yang sering dizalimi oleh Yakjuj dan Makjuj. Zulkarnain membangunkan sebuah tembok untuk menghalang Yakjuj dan Makjuj dtg mengganggu.
Beliau meninggalkan legasi untuk kaum yang dibantu dan masalah mereka dapat diselesaikan. Legasinya yang lebih besar ialah pada ilmu sains bahan. (sila hayati SURAH AL-KAHFI 18: 94-97 ,tak dpt nak salin makna)
Legasi Zulkarnain juga melibatkan komuniti involvement. Bermaksud ia turut memberi peluang dan meransang orang lain menyumbang saham akhirat bersama-sama.
Ya begitulah...semoga umat akan terus makmur dengan usaha tanpa henti daripada para pejuang masyarakat.
Tetapi INGAT...Meninggalkan Legasi bukan bererti memastikan nama kita dijulang setelah ketiadaan kita. Malah Allah dan rasulnya melarang kita berbuat sesuatu dengan tujuan manusia ingat akan kita selepas kita mati. wallahua'lam.

Thursday, April 12, 2012
Pimpin
Sememangnya saya amat menghormati pemimpin yang mempunyai visi yang jelas.
Pemimpin harus memimpin dengan pemikirannya yang berbaloi dibaca dan dikaji. Bukan pemimpin yang dungu oleh teks yang disediakan orang lain atau yang tidur di lensa massa.
Mangsanya kita, rakyat jelata. Dari marhaen hingga pakar yang tiada harga.Menyerahkan tampuk kepimpinan kepada tangan si malas lagi culas… adalah jalan pintas menuju binasa.
(copyright)
Pemimpin harus memimpin dengan pemikirannya yang berbaloi dibaca dan dikaji. Bukan pemimpin yang dungu oleh teks yang disediakan orang lain atau yang tidur di lensa massa.
“If you would not be forgotten, as soon as you are dead and rotten, either write things worth reading, or do things worth writing.” – Benjamin Franklin (1706-1790)Kita boleh bersetuju atau menolak idea dan pemikiran seorang pemimpin. Tetapi pemimpin yang tidak mempunyai sebarang pemikiran dan idea, harus awal-awal lagi ditolak. Pemimpin tanpa idea, memimpin ke arah binasa dan memimpin sebagai boneka.
Mangsanya kita, rakyat jelata. Dari marhaen hingga pakar yang tiada harga.Menyerahkan tampuk kepimpinan kepada tangan si malas lagi culas… adalah jalan pintas menuju binasa.
(copyright)
Tuesday, April 10, 2012
KES: PEMAKANAN
Kita yang makan makanan Halal ini (ada cap JAKIM lagi),
umur 35 tahun didiagnos dengan sindrom metabolik.
40 tahun disahkan mengidap diabetis.
50 tahun angina.
55 tahun stroke.
60 tahun, Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’oon!
Itu sudah dikira ‘okay’.
Di situlah mungkin tersilapnya kita. Begitu berhati-hati pada memastikan makanan yang dimakan itu HALAL, terlupa bahawa HALAL sahaja tidak cukup. Kalau mahu makan ikut peraturan Allah, makanan bukan sahaja perlu HALALAN malah TAYYIBAN.
Halalan itu adalah kepatuhan kepada Syariatullah.
Tayyiban pula adalah kepatuhan kepada Sunnatullah.
Mematuhi peraturan Sains Pemakanan.
Halalan tengok ingredients.
Tayyiban tengok nutrition facts.
Dua-dua itu Islam.
Ambil separuh, tinggal separuh, tidak dapat khasiat Islam.
Bayangkan contoh berikut:
Seekor unta (haiwan ‘Islam’),
kelahiran Arab Saudi (berhampiran Mekah),
disembelih oleh Imam (bukan sebarang orang),
Imam besar (bukan sebarang Imam),
Imam besar Masjid negara (bukan sebarang masjid),
sembelih pula subuh Jumaat (bukan sebarang masa),
Jumaat terakhir bulan Ramadan (bukan sebarang Jumaat),
malam tadi Lailatul Qadar!
Allahu Akbar!
Betapa HALALnya unta itu!
Ia dimasak kari, dimakan oleh Pak Haji pesakit darah tinggi…. mati orang tua itu!
Sifirnya ialah, makanan itu sangat Halal, tetapi tidak baik. Tidak Tayyib, untuk pesakit darah tinggi seperti Pak Haji!
DR. HINOHARA SHIGEAKI

Saturday, April 7, 2012
JEJAK LANGKAH SYAITAN :ENTRI KESEDARAN
Memakan makanan yang tidak Halal, sama seperti membelakangkan TAYYIBAN dalam pemakanan. Bukan soal fiqhnya, tetapi ia adalah jejak langkah Syaitan!
Syaitan amat mahu kita makan makanan yang HARAM.
Syaitan juga amat mahu kita makan makanan yang tercicir daripada pertimbangan TAYYIBAN.
Masakan tidak, namakan satu manfaat yang diperolehi oleh seorang insan (Ahsan al-Taqwim) daripada kegemukan?
Kegemukan mengundang penyakit fizikal, melemahkan mental, beriringan dengan kemerosotan emosional, memanifestasikan pembaziran dan sifat berlebihan, menjurus kepada tragedi spiritual apabila kita dibelenggu kemalasan dan kelesuan dalam beribadah…!
Allah!
Semuanya menjauhkan kita daripada Allah, dan sudah tentu mendekatkan kita kepada makhluk durhaka yang satu itu.
Sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata.
Ada ‘Syaitan sekolah agama’, ada ‘Syaitan sekolah sekular’.
Syaitan sekolah agama, sesatkan pemakanan Bani Adam agar makan makanan yang tidak HALAL.
Syaitan sekolah sekular, sesatkan pemakanan Bani Adam agar makan makanan yang tidak TAYYIBAN.
Mari tumpaskan Syaitan!
Mulakan dengan menumpaskan nafsu.
Merdeka daripada penjajahan diri ke atas diri sendiri.
Mohonlah bantuan-Nya, ameen ya Rabb!
Monday, April 2, 2012
Semuanya Ada!! MARVELOUS ISTANBUL
Pemandangan santai di jalanan Bandar Istanbul
Pusing dijalan-jalan ni berkali-kali sebab one way...Opps Sultanagmmet memang marvelous
Tak terkata...suasana yang pelbagaii..indah,damai,mesra ..dan yg terpenting..byk peninggalan sejarah islam
dibumi yang terletak antara dua benua..iaitu benua asia dan eropah
trem ini menyusuri tengah2 bandar istanbul..
senang bagi pelancong..kerana tamabang teksi tentulah mahal (bagi pelancong)
adatlah kalau pelancong selalu kena sembelih (istilah biasa bila kena bayar harga giler)
sbb berlaku satu peristiwa sahabat dalam group sama kena byar 200 Lira utuk satu perjalanan jarak boleh jalan kaki je
(iaitu ke Grand Bazaar Dari Hotel) mak aiii...dah di temapat orang...terpaksalah...byar walaupun hati menyumpah seranah
sebab dah kena sembelihhh
Hmm nih paling best!! (sbb tempat kita tak ada) ahaks
Curise ini di booking bila nak naik dlm group
bayaran tambahan Rm 60USD
Apalagi..kami pun suka sangatlah sukanya..(mcm anak2 jugak) sbb dapat pusing-pusing selat marmara dengan cruise..yahoooo
sebelah sana selat ialah bumi Eropah..Bangunannyya..terkelip2 mata memandang
Sebelah sini pula bumi Asia..penuh dengan Banguna/istana/bersejarah..
Kami pandang dari jauh je..yang bestnya..semua sudut nak ambik gambar sebbbaaab semuanya MMarrvelous!!!
Itulah kenangan di Bandaraya Istanbul Turkeya
(bersambung)...
Indah Bagai Lukisan (2)-Pamukale
Mahu tak lapar sbb cuaca sejukkks
lihat mereka
pantang jumpa ...
di sinilah tempatnya..lihat oren merah tu..mengencur selera..
maka amiklah kita..sepinggan penuh..rupa2nya..masssam.ahaks
ini bukan salji ya..tapi batu (lupa nama), mcm batu kapur
pmandagan sekitar jam 7am
dingin,sejuk...tp mndamaikan..time ni dah nk check out daari hotel Tripolis.tgh tggu beg dimasukkn dlm bas
Sunday, April 1, 2012
Indah Bagai Lukisan -Capadocia (1)
Inilah anugerah Tuhan
Indah bagai lukisan
Sekali terpandang rasa tidak berpijak dibumi nyata
Tapi itulah realiti..cantinya..cantik ..subhanallah (sbb x pernah jumpa kat tempat lain)
Itulah Capadocia...dimana tu..Bumi Kerajaan Islam Othmaniah (dahulu)
Sekarang dipanggil Turkey
Disana ejaannya Turkeya..cantikkan..nak sampai sini naik bas hampir 900km..
Jauh tu..kena check-in check -out
pas tu naik bas lagi
dah tu lalu berhenti amik gambar..Mcm Touch N Go
Rasa x puas pun ada kan
Tapi apa nak buat.
perjalanan jauh lagi ..dan lagi..
ok..rehat jap
Subscribe to:
Comments (Atom)