Monday, August 4, 2014



Aku tidak berdaya.. benar..aku semakin tidak berdaya.  yg aku impikan kini hanyalah rumah ku d Syurga.

Syurga Firdausi.. ya.. syurga itulah yg ku impi2 kan kini. Ibu bapa yang telah lama pergi meninggalkan alam fana' ini

tentunya sudah menunggu di sana. Doaku buat mereka berdua tak pernah putus..bahawa Allah Tuhanku yang mengaisihi

hambanya akan menempatkan mereka di Sana.  Ibu ku seorang yang baik. begitu juga ayah ku.Mereka berdua tak perduli

apa orang kata apabila sanggup bersusah payah dari sejak mentari belum terbit. Mengayuh basikal.. oh tidak..kadang-

kadang mereka hanya menolak saja basikal itu kerana muatan telah penuh. Menggalas bahu dengan beban dedaun pisang

untuk di bawa pulang..demi sesuap nasi anak-anak yang kelaparan di rumah. Adikku dua orang cacat. tapi alhamdullah.

Boleh berdikari.. tak hirau kecacatan terus memikul mesin rumput demi sesuap nasi.


Adik2ku yang lain sudah memandu kereta mewah. Barangkali doa ibu bapaku dulu tak pernah putus..Selalu mengatakan

bahawa hanya dengan ilmulah kita mampu merubah kehidupan. Benar..mana yang dah belajar tinggi, memang selayaknya

duduk di tempat mereka. Tapi mereka tak pernah lupakan kulit.. Kesusahan ibu bapa sering manjadi sebutan..

Cuma sedih rumah tinggalannya aku tak mampu nak uruskan..kudratku semakin jauh kebelakang sejaak akhir-akhir ini.

Namun aku masih gagahkan diri memandu selepas subuh untuk mendidik anak bangsa yang ku amat cintai.

Sememangnya Malaysia bumi bertuah.. selepas aku keliling dunia timur dan barat..akhirnya aku dapati hujan batu inilah

paling  berharga. Nak solat di mana2 mudah. Air pun taak pernah putus. Syukur ya Rabb..

Masanya akan tiba juga..apabila aku sudah tidak mampu berkata2..maka.. tanamlah aku di bumi bertuah ini. Walaupun

sering mengimpikan mati di Tanah suci atau bumi Madinah...

Air jernih mulai menitik...ok..stop kejap..

Nak masuk kelas.....jaga exam (trial SBP)


Tuesday, April 8, 2014

tidak ada kebimbangan

Dunia kelihatan tidak terlalu mustahak. Malah ia hanyalah singgahan sementara yang terlalu singkat. Tiada istilah berdukacita atau kebimbangan bagi mereka yang memahami.
Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.

(Surah Yunus: 26)

Kami mohon keampunanMu ya Allah.

Sunday, February 9, 2014

ISTERI


Assalamualakum, ucapan salam dan salawat ke atas junjungan besar nabi

Muhammad s.a.w.

Syukur dan sujud terima kasih hamba kepadaMu ya Allah

Engkaulah segala-galanya bagi ku

Aku Hamba yang lemah dan teramat lemah.

Tiada daya dan upayaku kecuali dengan izinMu jua.

Pagi ini aku melangkah lemah

Niat yang baik moga Allah jua yang menerimanya

Aku tiada daya ya Allah

Benar-benar aku tiada daya dan upaya

Engkau tolonglah aku

Peliharakan daku dari segala keburukan dunia dan isinya

Lindungkanlah aku dalam dakapanMu

Laillaha illa anta, subhanaka inni kuntu minazolimin

laillahha illah anta subhanaka inni kuntu minazzolomin



Tuesday, January 28, 2014

baragold63

Jom Kongsi ilmu  di http://www.powerbizz96.com/BaraGOLD63

HOBIKU HOBI..

Teringin nak sambung hobi lama...tapi camna yek.
Kerja dah 8 hingga 5
Malam tuisyen lagi
 
Hujung minggu jumaat
Sabtu lain-lain hal
 
Teringin sambung hobi lama
Hobi mencantik dan keindahan laman
Tapi bila
Dan Bagaimana
a l a h a i