Sunday, September 22, 2013

Cara-cara Meninggalkan Maksiat


Ketahuilah hai Tolibb, bahawasanya agama itu terdiri dari dua bahagian.

Pertama: Meninggalkan maksiat

Kedua: Mengerjakan Taat.

Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan taat, kerana taat senang dibuat oleh setiap orang tetapi 

meninggalkan syahwat (maksiat) hanya dapat dilaksanakan oleh orang-orang siddiqin. Oleh kerana itu Rasulullah s.a.w

bersabda: Yang maksudnya: "Orang berhijrah dengan sebennarnya ialah orang yang berhijrah daripada kejahatan

(meninggalkan kejahatan). Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya"

Fasal petama: Cara meninggalkan maksiat yang zahir (Maksiat Anggota)

   Ketahuilah bahawasanya apabila engkau melakukan sesuatu maksiat maka sebenarnya engkau melakukan maksiat itu 

dengan menggunakan anggota badanmu yang merupakan nikmat Allah yang dianugerahkan kepadamu, dan menggunakan

amanah yang diberikan kepoadamu. 

  Jadi ketika engkau menggunakan anggotamu untuk melakukan maksiat bermakna engkau menyalahgunakan nimat yang

dianugerahkan dan menghianati terhadap amanah yang diberikan. Dan anggotamu adalah rakyatmu maka hendaklah

engkau berfikir baik-baik bagaimana sepatutnya  engkau  menjaganya. Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

   "Maka kamu semua adalah pengembala (pemimpin) dan kamu semua akan ditanyai tentang pengembalaannya

(kepimpinannya)"

DARI BUKU "pANDUAN AMALAN hARIAN"-PERMULAAN JALAN HIDAYAH KARANGAN AL-IMAM HUJATULISLAM

BERSAMBUNG