Friday, May 24, 2013

DOA TAWAF DI PUSINGAN KE-3



Teruskanlah tawaf wahai saudaraku, bacalah doa ini di pusingan ke-3. Erti doa begini

 " Ya Allah Ya Tuhanku!
Sesungguhnya aku berlindung dengan -Mu daripada kejahatan ragu-ragu (syak), syirik, permusuhan, munafik, perangai yang jahat, pandangan yang buruk dan perbuatan yang tidak baik, sama ada terhadap harta, isteri dan rakan-rakan. Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku pohon kepada-Mu keredhaan-Mu dan syurga-Mu, aku berlindung dengan-Mu daripada kemurkaan-Mu dan api neraka. Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah kubur, juga fitnah hidup atau mati."

SUMBER: BUKU PANDUAN UMRAH DAN PEDOMAN BERPUASA DI MAKKAH
SUSUNAN UST HJ DAUD CHE NGAH

Tuesday, May 21, 2013

TAWAF PUSINGAN KEDUA


Bacalah doa yang ertinya " Ya Tuhanku, sesungguhnya rumah ini rumahMu, tanah yang mulia ini tanah-Mu, dan keamanan ini keamanan-Mu, di sini tempat orang yang berlindung dengan-Mu daripada api neraka, maka haramkan daging kami dan kulit kami dari neraka. Ya Tuhan-Ku, jadikanlah kami cinta kepada iman dan hiaskanlah iman itu di hati-hati kami, jadikanlah orang yang terpimpin. Ya Tuhan-Ku, peliharakanlah diriku daripada azab-Mu di hari yang Engkauakan bangkitkan hamba-hamba-Mu. Ya Tuhan-Ku, kurniakan kepadaku syurga tanpa di hitung amalanku"

Aminn amin aminn ya Allah.
Betapa permintaan ini , pergantungan ini hanya kepada-Mu ya Allah..

Thursday, May 16, 2013

TAWAF PUSINGAN 1


Bacalah doa yang maksudnya (boleh menitis airmata sewaktu melafaz setiap kalimat doa ini)

"Maha suci Allah dan segala kepujian adalah kepunyaan-Nya, tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Maha Besar, tidak ada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.
Mudah-mudahan bercucuran rahmat dan sejahtera atas Rasul Allah s.a.w. Ya Tuhan! Aku kerjakan ini kerana beriman kepada-Mu, dan kerana membenarkan Kitab-Mu, kerana menyempurnakan janji dengan-Mu, kerana menurut perjalanan (sunnah) nabi-Mu dan kekasih-Mu Muhammad s.a.w. Ya Tuhanku, sesungguhnya aku minta kepada-Mu keampunan dan kesihatan yang sempurna, penolakan yang berkekalan akan bala bencana terhadap agama, dunia dan akhirat, kemenangan dengan mendapat syurga dan keselamatan dari api neraka"

MASUK KE MASJID (AL-HARAM MEKAH)

        





Pada lazimnya, apabila jemaah pertama kali menziarahi Baitullah, masuklah melalui pintu Babussalam, maka bacalah doa ini (maksud doa)
"Ya Allah, Engkau yang bersifat sejahtera, dariMu- lah sahaja segala kesejahteraan, maka hidupkanlah kami dengan kesejahteraan dan masukkanlah kami ke dalam syurga tempat yang selamat sejahtera. Maha suci dan Maha Tinggi yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Ya Allah! kurniakanlah daku rahmat dan keampunan-Mu, masukkan daku ke dalam syurga dengan nama Allah, segala puji-pujian tertentu bagi Allah, salawat dan salam kepada junjungan kami saidina Muhammad S.A.W"