Friday, June 8, 2012

Memelihara PERUT

adapun perut itu..
memelihara dan menjaganya amat pnting sekali
terutama sekali menahannya dari perkara2 yg haram dan yg shubhat
kemudian dari menurutkan kemahuan hawa nafsu
serta mengasaknya dengan yg halal terlalu byk

adapun mengisi perut dgn bermcm2 mkanan, sehingga terlalu kenyang adalh makruh
bencana dan bahayanya byk.antaranya
, hati mnjadi keras
, malas mgerjakn ketaatan
, kurang bertenaga utk beribadat
, lemah fhaman dlm ilmu pgetahuan
, kurang kebijaksanaan
, kurang rahmat dan belas kasihan trhdp org yg lemah
, sayang utk menghulurkan bantuan kpd org yg perlu & berhajat

Jika seseorang itu sentiasa membiasakan dirinya berleluasa dgn makanan dan minuman sekehendak nafsunya
dan selalu membiarkan dirinya makan hingga kekenyangan
dikhuatiri kelak akan terjerumus ke dlm yg haram dan ada yg shubhat

Merujuk kpd Hujjatul-islam Imam Ghazali rahimahullah:
Perut yang kenyang dari yang halal adalah punca segala kecelakaan
Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya
"tiada suatu tempat yang dipenuhkan anak adam yang lebih mencelakakan daripad perutnya"

sabdanya lagi bermaksud
" Orang yang terlalu kenyang didunia, terlalu lapar di akhirat"

Berkata saidina Ali karamullahu wajhah
: Siapa yang ingat semata-mata untuk mengisi perutnya sahaja,
maka harganya samalah dengan apa yang keluar dari perutnya.

petikan buku wasiat Iman karangan Imam Habib Abdullah Haddad




No comments:

Post a Comment