Thursday, February 23, 2012

tAZKIRAH

KOLUM HITAM PUTIH  mjalah Solusi. akhir Zaman tempat yang Allah suka ini sudah kekurangan pengunjungnya.ApAPUN jangan sampai Allah tidak suka kita, lalu dicampakkan kita ke dalam tempat YANG KITA TIDAK SUKA! Allahuakbar

Monday, February 20, 2012

Tujuh Kategori Kaya

1) Kaya Dalaman-Memiliki sewt minda yang positif, harga diri yang tinggi, ketenangan dalaman dan kekuatan spiritual yang tinggi

2) Kaya Kesihatan- Kesihatan itu kekayaan. Tiada gunanya kejayaan dalam pekerjaan, keuntungan dalam perniagaan jika jatuh sakit dalam usaha mengejarnya.

3) Kaya perhubungan- Jika perhubungan kita denagan keluarga dan orang di sekeliling dalam keadaan yang baik dan harmoni, kehidupan akan dapat dijalankan dengan lebih baik.Keluarga mesti diutamakan kerana di situlah terkumpulnya orang yang paling kita sayang.

4) Kaya Legasi - Buatlah sesuatu yang terus hidup setelah kita mati.itulah yang sering dipesankan oleh orang yang bijaksana. jangan sekadar hidup biasa-biasa sahaja tetapi berilah impak yang signifikan yang terus berkekalan dan dikenang sebagai legasi kepada generasi kemudian setelah pemergian kita

5) Kaya Kerjaya- Kerjaya menjadi sangat penting dalam dunia masa kini. Kerjaya ialah wadah bagi mengeluarkan seluruh potensi diri dan bakat seseorang.Kejayaan dalam kerjaya akan menbingkatkan lagi harga diri.

6) Kaya pengalaman- Jiwa manusia sentiasa dahagakan pengalaman baru. Perasaan ingin tahu dan menimba pengalaman baru akan menimbulkan keseronokan dan keceriaan dalam hidup. Kita tidak boleh terperangkap dalam rutin hidup yang sama sahaja pada setiap masa. Aktiviti-aktiviti kemanusiaan, sukan, pelancongan dan lain-lain akan memberikan kita rasa 'kekayaan' yang sukar untuk digambarkan.

7) kaya Ekonomi- Wang walaupun bukan perkara terpenting dalam hidup, tetapi ia tetap penting untuk menguruskan kehidupan dengan baik. Ia akan memudahkan kita memenuhi keperluan hidup tanpa perlu bergantung kepada orang lain. Dengan wang,kita boleh membantu meringankan beban dan kesusahan orang lain dan ini akan memberi satu kepuasan dalam hidup
petikan KAYA ILUSI MUSNAH TANPA QANAAN TULISAN pahrol mohamad juoi Solusi isu 37

Saturday, February 18, 2012

Tasbih, Tahmid, Tahlil, Takbir dan Hauqqalah .Kaqlimat-kalimat tersebut merupakan bagian dari perbendaharaan surga.Rasullullah s.a.w menjelaskan fadilah bagi pembacanya. diantaranya:
1. Dicintai Allah SWT
2. Dicintai Rasulullah saw.
3. Dilindungi Malaikat
4. Diminta ampunan oleh malaikat kepada Allah SWT
5. Diberikan pahala satu pohon disurga
Kini hampir ke hujung usia. Kehidupan untuk dunia semakin tinggal sedikit. Kehidupan abadi sedang menanti dan hampir pasti. APA YANG INGIN KITA TINGGALKAN?
SEGALANYA MILIKMU yA aLLAH aLLAH aLLAH